Bahasa Jiwa Bangsa
.
Ikat jerami muat ke kandar,
Selepas makan mandi di telaga;
Ucap difahami wasangka terhindar,
Bahasa kebangsaan penyatu warga.
.
Batang halban dibawa ke huma,
Hendak dirikan sebuah taman;
Bahasa kebangsaan milik bersama,
Kita ungkapkan sepanjang zaman.
.
Terbang tempua ke semak berduri,
Singgah sekali di pohon rumbia;
Bahasa kita lambang jati diri,
Tidak rugi berbahasa Malaysia.
.
Berbanjar cemara di tanah rata,
Tempat teduhan sekumpulan murai;
Segar dan mesra bahasa kita,
Anugerah warisan usah terburai.
PERANAN/FUNGSI
Untuk menaikkan semangat masyarakat
untuk memartabatkan bahasa malaysia
Kerana ia bahasa jiwa bangsa kita.
CIRI/BENTUK
Mempunyai 4 rangkap.
Setiap rangkap mempunyai 4 baris.
Rima akhir abab.
JENIS PANTUN
Pantun 4 kerat.
HASIL CIPTAAN
Buah cemai buah ciku
Duduk makan diatas papan
Kita solat lima waktu
Untuk memenuhi ibadah kewajiban.
Singgah kedai makan laksa,
Makan laksa dikedai najib.
kita islam hendaklah berpuasa,
Kerana ia adalah wajib.
Menunaikan haji di mekah,
Niat ihram di miqat,
Kita hendaklah selalu bersedekah,
Kerana ia amalan sunat.
Pergi masjid dengar ceramah,
Dengar ceramah tentang berkawan,
kita hendaklah menjadi peramah,
Agar mudah mendapat kawan.
Singgah kedai makan laksa,
Makan laksa dikedai najib.
kita islam hendaklah berpuasa,
Kerana ia adalah wajib.
Menunaikan haji di mekah,
Niat ihram di miqat,
Kita hendaklah selalu bersedekah,
Kerana ia amalan sunat.
Pergi masjid dengar ceramah,
Dengar ceramah tentang berkawan,
kita hendaklah menjadi peramah,
Agar mudah mendapat kawan.
0 comments:
Post a Comment