Syair Definisi Orang Berakal
Orang berakal sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.
Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihat kekejaman,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.
Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.
Sebagai lagi tanda berakal,
Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak tawakal,
Ibanya tahu dunia tak kekal.
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.
Apabila raja kasih sangat,Makin itu,
makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat
,Merendahkan diri serta berkhidmat.
Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.
PERANAN/FUNSI
Orang berakal dapat membezakan perkara yang baik dan buruk.
Orang berakal sentiasa berfikir sebelum bertindak.
CIRI/BENTUK
1. Terdiri daripada tujuh rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.
* Tiadalah ia melanja-lanja (3 perkataan)
* Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat (5 perkataan)
4. Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata.
* Jika ia dikasihi raja (9 suku kata)
* Sangatlah mengasihi orang yang jahat (11 suku kata)
5. Rima akhir syair ini ialah aaaa
6. Syair ini adalah puisi terikat.
HASIL CIPTAAN
SYAIR MAKNA PERSAHABATAN
Kemudian dinyatakan makna persahabatan,
Persahatan antara satu sama lain.
Persahabatan sebuah ikatan bersama kawan,
Persahabatan terjalin melalui satu perasaan.
Persahabatan selalunya membuatkan kita dihargai,
Sahabat selalu menjadi pendorong kita,
persahabatan ia sangat bermakna,
persahabatan hendaklah sentiasa dijaga.
Persahabatan bukan sekadar janji,
Ia haruslah sentiasa dihargai,
Ia juga hendaklah dilindungi,
Agar sahabat tidak dilukai.
Persahabatan ia haruslah dijaga,
Persahabatan ia adalah cara,
Kerana ia menyatukan kita,
Hargailah persahabatan ia ibarat permata.
0 comments:
Post a Comment