-->
� Pimp-My-Profile.com
THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �
skip to main | skip to sidebar

SASTERA MELAYU DAN KOMUNIKATIF

 

Friday, 27 July 2012

sajak

Pertemuan di Hyde Park

Bila berdiri di antara pepohon rimbun 
     di Hyde Park 
aku teringat sebidang tanah luas pemberian 
     ayah di kampung 
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara 
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak 
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
 dan setelah berkali-kali ditanam padi 

menjadi huma bukit milik keluarga.

 Maksud Rangkap 1: Apabila penyajak berada di Hyde Park, beliau teringat sebidang tanah yang agak luas pemberian ayahnya di kampung. Asalnya tanah tersebut hutan dara tetapi telah diterokai oleh ayahnya. Tanah itu kemudiannya ditanam dengan padi huma setiap tahun dan merupakan milik keluarga.


Atas munggu itulah aku selalu berdiri 
      bersama ayah 
sama ada ketika padi membesar 
      atau semasa menghalau burung pipit 
atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi 
atau saja-saja santai antara panggilan emak 
      bila memerlukan air kopi 
atau bila kemudiannya menemani ayah 
      menanam anak getah 
atau membetulkan barisan ladanya.
Maksud Rangkap 2:Penyajak sering berdiri di atas busut bersama ayah ketika melihat padi yang sedang membesar, ketika menghalau burung, membaiki tempat jemuran padi atau saja-saja berehat sementara menunggu panggilan emak yang memerlukan air, menemani ayah menanam getah atau menanam lada.
 
Bagaikan membahas isu utama dunia di 
     Sudut Pidato 
di situlah ayah akan bercerita tentang erti 
     sebuah tanah 
tentang tanggungjawab penjagaan dan 
     pemeliharaannya 
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut 
     ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah 
     sedia menerima tanpa bicara.

Maksud Rangkap 3:Penyajak berasa berada di sudut pidato di Hyde Park berbicang tentang isu-isu penting ketika mendengar ayahnya bercerita tentang tanah iaitu tanggungjawab menjaga dan memelihara tanah. Penggunaan nya sentiasa berubah mengikut peredaran dan keperluan semasa yang ditentukan oleh pemiliknya.
Di situlah ayah sering mengingatkan 
     erti sebuah amanah 
kitalah mencorakkan dan membentuk 
     tanah ini mengikut kesesuaian 
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali 
    semula menjadi milik alam semesta.

Maksud Rangkap 4:Penyajak diingatkan oleh ayahnya tentang amanah memelihara tanah di mana kitalah bertanggungjawab mencorakkan tanah tersebut mengikut kesesuaian dan sekiranya kita lupa akan amanah tersebut tanah tersebut akan kembali kepada asalnya. 

struktur binaan sajak

-sajak ini berbentuk bebas

-Sajak ini mempunyai 4 rangkap.

-Rima sajak ini tidak tetap
 contoh:Bila berdiri di antara pepohon rimbun
     di Hyde Park
            aku teringat sebidang tanah luas pemberian
     ayah di kampung
            betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
     setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
            kemudian dibiarkan kering dan dibakar
     dan setelah berkali-kali ditanam padi
            menjadi huma bukit milik keluarga.
-Bilangan patah perkataan dalam baris 5-6 patah perkataan 
 contoh : Atas munggu itulah aku selalu berdiri
                     bersama ayah 
              sama ada ketika padi membesar 
                     atau semasa menghalau burung pipit 
             atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi 
                     atau saja-saja santai antara panggilan emak 
             bila memerlukan air kopi 
                     atau bila kemudiannya menemani ayah 
             menanam anak getah 
                     atau membetulkan barisan ladanya.

Bilangan suku kata terpanjang ialah 18 suku kata
contoh: betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara 

Bilangan suku kata terpendek ialah 5 suku kata
contoh:bersama ayah 

 

Nilai masyarakat
 
*masyarakat yang memegang amanah
Penjajak menjelaskan bahawa apabila seseorang diamanahkan tentang sesuatu perkara beliau hendaklah memikul dengan penuh tanggung jawab menjaga tanah supaya tidak menimbulkan
sebarang masalah.Contohnya :

Di situlah ayah sering mengingatkan
    erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
    tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
    semula menjadi milik alam semesta

* masyarakat yang berkasih sayang
 Penjajak menggambarkan betapa rapatnya hubungan beliau dengan ayahnya yang sering
 bercerita tentang sesuatu peristiwa Contohnya :

di situlah ayah akan bercerita tentang erti
     sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
     pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
     ketentuan dan keperluan masa

*masyarakat yang gigih berusaha. 
Penjajak menjelaskan betapa kuat ayah dan ibu penyajak berusaha meneroka tanah bertujuan untuk bercucuk tanam padi huma, getah dan lada. Contohnya :

betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara 
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak 
kemudian dibiarkan kering dan dibakar 
dan setelah berkali-kali ditanam padi 
menjadi huma bukit milik keluarga.
*masyarakat yang rajin
Ayah penyajak rajin mengusahakan tanah dengan pelbagai jenis tanaman
Silih berganti bagi meningkatkan ekonomi keluarga.Contoh:
bila memerlukan air kopi
atau bila kemudiannya menemani ayah 
menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.

Posted by Unknown at 10:39 0 comments  

Pantun Budi

Pisang emas dibawa belayar,
                Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
                Hutang budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
                Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
                Budi yang baik dikenang juga.
Tenang-tenag air dilaut
                Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
                Budi yang baik rasa nak junjung.

 

Ciri-Ciri

 Jenis - pantun budi


> mempunyai 3 rangkap dalam satu pantun.
> setiap rangkap mempunyai 4 baris
> setiap baris mempunyai 4-5 patah perkataan
> setiap baris mempunyai 9-11 sukukata
> pantun ini mempunyai jeda

Gaya Bahasa


Metafora ialah unsur abstrak kepada konkrit
 
contoh : Pisang emas dibawa belayar
 
Hiperbola ialah perkara yang dilebih-lebihkan
 
contoh : gunung daik bercabang tiga
 
Personafikasi ialah sifat manusia diberi kepada benda
 
contoh : tenang-tenang air di laut
 
Anafora ialah perulangan kata diawal baris
 
contoh :  tenang-tenang air di laut 

Sinkof ialah singkatan perkataan
 
contoh : budi baik rasa nak junjung
 
perulangan kata  - tenang-tenang air di laut

Nilai Masyarakat

Mengenang jasa seseorang walaupun orang itu sudah tiada lagi.
 
contoh"hancur badan dikandung tanah,
               budi yag baik dikenang juga."

Jika melakukan kesalahan kita hendaklah kembali ke pangkal jalan.
 
contoh:"tenang-tenang air di laut ,
               sampan kolek mudik ke tanjong" 

Jasa yang kita lakukan walaupun sedikit  tetap akan dikenang jasa.
 
contoh:"hati terkenang-kenang mulut menyebut
                budi baik rasa nak junjung"

Jasa yang kita lakukan sentiasa diingati orang.
 
contoh:"hancur badan dikandung tanah,
               budi yag baik dikenang juga."
Jasa yang baik kita lakukan akan disanjungi.
contoh:"hati terkenang-kenang mulut menyebut
                budi baik rasa nak junjung"
 setiap yang hidup akan mati.
contoh: "hutang emas boleh dibayar,
                 hutang budi dibawa mati"
Pengajaran

1. Kita hendaklah mengenang jasa baik orang lain supaya kita tidak sombong.
2. Kita hendaklah menolong orang yang dalam kesusahan kerana 'hari ni nasib dia hari esok 
    mungkin nasib kita'.
3. Kita mestilah bertaubat dan berubah dari sesuatu yang tak baik ke sesuatu yang baik.
4. kita hendaklah kembali ke pangkal jalan selepas melakukan kesalahan.
5.kita hendaklah berusaha bersungguh -sungguh kerana usaha tangga kejayaan.
6.kita hendaklah membalas budi baik orang agar kita tidak tidak terhutang budi.
7.kita hendaklah berbuat baik agar kita disanjungi orang.

Posted by Unknown at 09:29 0 comments  

Jenis-jenis gaya bahasa

GAYA BAHASA

1. Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai 

alat untuk menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap

 sesuatu tema atau persoalan melalui kerya mereka.



2. Berikut diberikan bebrapa istilah-istilah gaya bahasa

 yang perlu difahami oleh pelajar:

a. Diksi
i. Bermaksud pemilihan kata
ii. Penulis akan menggunakan dan memilih kata-kata yang 




b. Ayat
i. Merujuk kepada cara pengarang membina dan


menyusun ayat dalam karyanya
ii. Ayat yang digunakan sama ada ayat panjang 


atau ayat pendek mengikut kesesuaian karya yang diolahnya

c. Personafikasi 
i. Dikenali juga perorangan yang bermaksud memberikan 


sifat manusia kepada benda-benda lain
ii. Sifat manusia itu meliputi perwatakan, perasaan, 


tindak-tanduk dan perlakuan
iii. Antara contoh-contoh personafokasi yang pernah


 digunakan ialah daun nyuir melambai-lambai dan rumpu

t menari-nari ditiup angin

d. Simile
i. Perbandingan setara yang digunakan oleh penulis


 bagai menyatakan sesuatu perkara.
ii. Kata-kata yang biasa digunakan seperti, 


umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya.

iii. Contoh penggunaan simile: seperti anjing dengan 


kucing,kurus macam lidi dan bagai aur dengan tebing

e. Metafora
i. Perbandingan setara secara terus atau langsung


 yang digunakan oleh penulis
ii. Contoh penggunaan metafora: samudera hampa dan lautan fikiran

f. Hiperbola
i. Merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan 


oleh penulis untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan

 daripada maksud sebenar
ii. Contoh penggunaan hiperbola: lautan api sanggup kurenangi

g. Sinkope
i. Bermaksud penyingkatan kata
ii. Contoh penggunaan sinkope: "Apa dah jadi ni?"

h. Rima
i. Bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang


 antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi
ii. Terdapat rima awal, rima dalam dan rima akhir
iii. Perhatikan rima pantun berikut:

Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu,
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah di saun kayu.

i. Asonansi
i. Pengulangan bunyi vokal yang sama


 dalam baris-baris puisi
ii. Contohnya pengulangan bunyi vokal u 


dalam baris 'Tikar pucuk tikar mengkuang'

j. Aliterasi
i. Pengulangan bunyi konsonan yang sama


 dalam baris-baris puisi
ii. Contohnya pengulangan bunyi konsonan k


 dalam baris 'Tikar pucuk tikar mengkuang'

k. Perlambangan
i. Merupakan kata-kata yang digunakan untuk


 menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau

 peristiwa yang membawa maksud yang lain atau makna 

yang lebih mendalam,
ii. Contohnya bunga melambangkan perempuan,


 senjamelambangkan usia yang telah tua dan pagi melambangkan usia muda


L.Repitasi
1.merupakan pengulangan kata di pertengahan baris.
2.sebagai contoh kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikat yang dipetik
   dari puisi PERNAHKA ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN.

Posted by Unknown at 08:26 0 comments  

Monday, 18 June 2012

puisi modern

PUISI MODEN

MENURUT Za’aba, puisi adalah karangan berangkap. Katanya, puisi tidak memakai perenggan seperti prosa. Rangkap puisi lama (puisi konvensional) terdiri daripada baris tetap dan seimbang. Manakala puisi moden (sajak) ternyata sudah melanggar ciri konvensional seperti mana yang terdapat pada pantun ataupun syair.
Sajak zaman awal masih mengekalkan sebahagian besar ciri puisi yang konvensional itu tetapi lama kelamaan sajak menjadi semakin bebas sehingga akhirnya lahir apa yang dinamakan sajak eksperimen (merujuk kepada sajak-sajak 3V (yang dipelopori oleh A. Ghafar Ibrahim), sajak suku kata, dan sajak konkrit). Walaupun sajak eksperimen sukar mendapat tempat di media massa, kemunculannya tetap mewarnai peta puisi tanah air.
Melankolik:sedih/sayu/hiba/murung/dukacita/kesal/kecewa/hampa dll.
Romantis:cinta/kasih/sayang/mesra/tenang/gembira/bangga/
kepuasan/damai
Patriotisma: semangat cintakan tanah air/negara/bangsa/menentang penjajah/pengganas/pengkhianat bangsa
Sinisma: menyindir/mengena/mengejek/memperli
Protes: penentangan/penolakan/pemberontakan/tidak bersetuju .


Gaya bahasa dalam sajak moden.

GAYA BAHASA
PERSONIFIKASI (PERORANGAN)
PENERANGAN
Menggunakan kiasan untuk memberi sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan mahu pun tindak tanduk kepada objek mati @ binatang @ idea@ hal-hal yang ebih abstrak
CONTOH
- Malam hiba
- Sayup-sayup undan tua berlagu
- Hiba
- ikan bercumbu-cumbuan
KESAN
- Memberi gambaran maksud/ makna yang lebih jelas.
GAYA BAHASA
SIMILE/KIASAN
PENERANGAN
Bahasa perbandingan @ kiasan secara terus yang membandingkan sesuatu objek /suasana/konsep / dengan yang lain dihubungkan dengan kata-kata bak, seperti, bagai, macam, laksana, umpama & ibarat.
CONTOH
- Bagai burung-burung aku pun terbang.
- Ratusan insan-Mu bagai semut-semut
KESAN
- Memberi gambaran maksud /makna yang lebih jelas.
- Memberi kesan imaginasi yang lebih jelas.
GAYA BAHASA
METAFORA
PENERANGAN
Satu bentuk kiasan@ analogi secara tidak langsung yang melambangkan sesuatu yang lain bagi menyarankan antara keduanya terdapat persamaan. Gabungan antara konkrit dan abstrak.
CONTOH
- menara kasih
- -bunga mimpi
- -mengait dunia
- -tebing cinta
- menuai hampa
KESAN
- Memberi gambaran maksud/ makna yang lebih jelas.
- Memberi kesan imaginasi yang lebih jelas.
GAYA BAHASA
ANAFORA
PENERANGAN
Perulangan kata di awal baris yang berturutan.
CONTOH
- Resah menggeliat ke tanah
- Resah menggeliat ke rimba
- Resah mengeliat ke tulang bangsa
KESAN
- Memberi kesan penegasan maksud
GAYA BAHASA
EPIFORA
PENERANGAN
Pengulangan kata di akhir baris yang berturutan.
CONTOH
- Menggoda hati tergugah
- Mengusik hati tergugah
KESAN
- Memberi kesan penegasan maksud
GAYA BAHASA
IRONI (SINDIRAN HALUS)
PENERANGAN
Bermakna menyebut @ mengucapkan sesuatu yang berlainan dengan realiti yang sebenarnya. Ia bermaksud sindran, cemuhan @ ejekan. Pernyataan yang bermakna lain daripada yang dituturkan. Menggunakan kata-kata yang lembut kesannya lebih tajam menghiris.
CONTOH
- Makna makmur di tengah lapar
- Makna mewah di tengah gundah
- Makna harmoni di tengah inflasi
KESAN
- Memberi gambaran maksud/
- makna yang lebih jelas.
- Memberi kesan imaginasi yang
- lebih jelas.
GAYA BAHASA
PARADOKS
PENERANGAN
Suatu pernyataan yang sekali imbas kelihatan bertentangan @ salah menurut pendapat umum @ kelihatan agak aneh bunyinya tetapi didapati munasabah dan dapat diterima sebagai benar.
CONTOH
- buruk dalam cantik
- sepi namun sentosa
- senyum dalam tangisan
- benci tapi rindu
KESAN
- Memberi gambaran maksud/
- makna yang lebih jelas.
- Memberi kesan imaginasi yang
- lebih jelas.
GAYA BAHASA
PERLAMBANGAN
PENERANGAN
Penggunaan kata yang bukan daripada maksud asalnya tetapi membawa maksud lain. Lambang adalah benda @ peristiwa konkrit yang menyarankan sesuatu yang lain.
CONTOH
- selendang sutera
- benang putih
- benang hitam
KESAN
- Memberi gambaran maksud/
- makna yang lebih jelas.
- Memberi kesan imaginasi yang
- lebih jelas.
GAYA BAHASA
PERBANDINGAN
PENERANGAN
Sejenis pemakaian bahasa kiasan.Menghubungkan sesuatu yang abstrak kepada sesuatu yang konkrit
CONTOH
- kehidupan itu adalah seumpama lautan.
- mimpi itu adalah keajaiban anugerah
- kau adalah madu
KESAN
- Memberi gambaran maksud/
- makna yang lebih jelas.
- Memberi kesan imaginasi yang
- lebih jelas.
GAYA BAHASA
HIPERBOLA
PENERANGAN
Pernyataan yang berlebih-lebihan.Membesarkan @ melebihkan makna sesuatu perkara.
CONTOH
- segenggam rindu jadi selaut duka
- bulan berdarah
- laut dura
KESAN
- Menekankan suatu pandangan atau
- Idea.
GAYA BAHASA
ALUSI
PENERANGAN
Gaya bahasa perbandingan yang merujuk kepada peristwa, tokoh @ karya sastera yang terkenal.
CONTOH
- jutawan DEB
- AW,NW,TM atau FEER
KESAN
- Menekankan suatu pandangan atau
- Idea.
GAYA BAHASA
PERULANGAN
PENERANGAN
Kata/Diksi/Frasa/Ungkapan/Rangkai kata/Baris yang diulang .
CONTOH
- Perulangan Baris
- Pada Setiap Kali Kau Tiba Ogos
- Perulangan Kata Di Tengah Baris
- Menggoda hati tergugah
- Mengusik hati tergugah
KESAN
- Memberi kesan penegasan maksud
GAYA BAHASA
INVERSI
PENERANGAN
Ayat pasif @ pembalikan sesuatu kata dalam kalimat.
CONTOH
- Gelisah hidupku sepatutnya Hiduku Gelisah
- Jauh masih sepatutnya masih jauh
KESAN
- Menekankan suatu pandangan atau
- Idea.
GAYA BAHASA
CITRA
PENERANGAN
Penulis menggambarkan sesuatu keadaan @ situasi . Menonjolkan gambaran daripada perspektif seseorang.
CONTOH
- satu kiblat menggambarkan satu arah, rasa bersatu.
KESAN
- Menekankan suatu pandangan atau
- Idea.
GAYA BAHASA
ASONANSI
PENERANGAN
Pengulangan bunyi vokal dalam baris
CONTOH
- Melapangkan ruang buat kata hikmah
KESAN
- Memberi kesan keindahan/kelembutan/ kemerduan bunyi apabila dideklamasikan.
GAYA BAHASA
AlLITERASI
PENERANGAN
Pengulangan bunyi konsonan dalam baris
CONTOH
- Seribu dua ribu tak bermakna gugur tak bertanda
KESAN
- Memberi kesan keindahan// kemerduan bunyi apabila dideklamasikan.
GAYA BAHASA
ONOMATOPIA
PENERANGAN
Bunyi yang dihasilkan melalui benda hidup @ alam semulajadi
CONTOH
- bunyi angin
- bunyi ombak
KESAN
- Memberi kesan imaginasi yang
- lebih jelas.
GAYA BAHASA
RIMA
PENERANGAN
Persamaan bunyi suku kata pada tempat yang bertentangan antara dua baris @ lebih.
CONTOH
- yang cukup sulit dan berbelit
KESAN
- Memberi kesan keindahan// kemerduan bunyi apabila dideklamasikan.
GAYA BAHASA
RITMA/IRAMA
PENERANGAN
Berkait rapat dengan intonasi dan ucapan. Keadaan pergerakan suara yang ada tinggi rendahnya, keras lembutnya dan panjangnya.


Teratai
Dalam kebun di tanah airku,
Tumbuh sekuntum bunga teratai,
Tersembunyi kembang indah permai,
Tidak terlihat orang yang lalu.
Akarnya tumbuh di hati dunia,
Daun bersemi Laksmi mengarang,
Biarpun ia diabaikan orang,
Seroja kembang gemilang mulia.
Biarpun engkau tidak dilihat,
Biarpun engkau tidak diminat,
Engkaupun turut menjaga zaman.

Posted by Unknown at 07:01 0 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

tulisan bergerak

follow and dash

Followers


Jam


my playlist


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Blog Archive

  • ▼ 2012 (11)
    • ▼ July (3)
      • sajak
      • Pantun BudiPisang emas dibawa belayar,            ...
      • Jenis-jenis gaya bahasa
    • ► June (8)
      • puisi modern

About Me

Unknown
View my complete profile
Visitors
Locations of Site Visitors